Welcome To My Blog

Friday, 16 March 2012

Redha Dengan Takdir-Nya



Sepinya aku.. sakitnya aku.. Hanya itu yang mampu terungkap. Jauh disudut hati, aku hanya mampu redha dengan kehendakNya. Aku ingat takkan ada lagi tangisan menemani hari-hariku. Ternyata aku salah. Air mata yang kering akhirnya terjatuh jua menimpaku. Aku hanya mampu berserah kepada Tuhan betapa terlukanya hati ketika ini.
15 Mac 2012, genap 5 tahun kita berkenalan. Pahit manis, kita kan tempuhi bersama. Tetapi segalanya berakhir begitu saja. Salah aku? Salah kau? Salah mereka? Oh tidak. Oh takdir~~~~ begitu senangnya kau pertemukannya dengan ku dan begitu senang jua kau pisahkan aku dengannya. Mungkin salah ku.... aku masih sayang, tetapi apakan daya ku sebagai insan biasa yang begitu lemah untuk melawan segala permainan ini. 
KU CINTAI NAMUN BENCI CARAMU MENCINTAIKU. Kau ragui kesetiaanku selama ini. Tak ku sangka mudahnya kau berprasangka dengan ku. Mungkin inilah halangan cinta jarak jauh. Kerna sayang, ku lepaskan. Tak ingin diriku melihat dia sengsara bersamaku. Biarlah aku yang membawa duka kerna aku tau segalanya mungkin ada hikmah. Mungkin tiada jodoh diantara kita. Pada Tuhan, ku berdoa agar diperkuatkan lagi hatiku ini dalam menghadapi rintangan selepas ini. Akan ku tempuhi segalanya tanpa dia disisi. Biarlah aku mengubat luka ku sendiri tanpa dirinya. Tak mungkin ku berpaling jika kata putus sudah terungkap meskipun payah untuk menerima. 
Aku redha dengan takdirNya. Takdir yang menemukan, takdir juga yang memisahkan. Air mata semakin galak membasahi. Ingin ku menjerit, tetapi apakan daya, segalanya sudah tidak beerti lagi. Biar lah begini, Cinta 5 tahun berputik tiada kesudahannya. :'(
Inilah coretan terakhir ku mengenai si dia yang pernah ku sayang, ku cinta dan ku rindu. Moga dirimu berbahagia dengan yang lainnya. Aku rasa apa yang kau rasa, sayang. Tetapi apakan daya, kita hanya mampu merancang dan yangg diatas yang menentukan segalanya. Janganlah diri ini dibenci kerna aku takkan pernah membencimu dan janganlah menyesal mencintaiku kerna aku tak pernah menyesal mencintaimu kerna kau terindah yang pernah ku milikki.

I mention You.. Amann~~ I'm sorry.



Sunday, 5 February 2012

Cerita Dalam Lagu

Muzik..muzik..muzik.. yah! Segalanya tentang muzik. Muzik adalah hidup ku dan hidup ku adalah muzik. Tanpa muzik, akan terasa kosong rasa dijiwa. Sedih, hampa, kecewa, gembira.. semuanya bergantung pada Muzik. Bak kata omputih, 'NO MUSIC NO LIFE.' Like that la me. Ya spoil. Haha... Ceta sal muzik, aku nang obses giler ngan music. Tak kesah lah sama ada muzik Rock, Jazz, Bass, Sentimental.. Janji palak nyaman! Sebab, mood manusia tok mudah bertukar, so, kalo mood bertukar, pendengaran pun kena bertukar jua kan? Lalek la. Lie ngan ku pelik kit sebab setengah hidupku bergantung pada muzik. Muzik segala-galanya. Aku tak boleh hidup tanpa muzik, kununnyer la...:)
'aku tak suka lagu ni, gara2 gerekku suka, aku terpaksa suka'
Aku tak paksa ok? Ni pasal minat. Sometime minat kita sama. Tak kesah la. Janji mbak palak dikpun 'ikut kata 9' :)
Sampey la cgek hr, tetiba mood ku bertukar. berolah mok molah cgek lirik lagu. Dmbak palak ngenang kisah lamak, makin menjadi-jadi sa palak. 



KISAH LAMA MENJADI SATU MEMORI INDAH
15 dec 2011 <------- onn MODE TULIS LIRIK. Hobi terbaru aku bha knek.. no more Copy Paste.. ianya tentang hidup aku dan dia.......XD.. kisah hidup terselit dalam sebuah lagu...? to my KOREA wannabe boy 06' :') ritok genap 5 tahun tiada disisi dan didunia ini meskipun aku dah ada pengganti dirinya..:') u adalah yang TERBAIK yang pernah aku kenal wp begitu masa begitu singkat.


Aku berdiri dan memetik gitar,
Dengan alunan muzik yang cukup dengan iramanya 
yang penuh syahdu.. 
sengaja ku nyanyikan tentang kita 
Aku ingin beritahu dunia..
bahwa aku milikmu, kau milikku.. 
tiada yang ain sayang... 
Sengaja ku nyanyikan,
mengubati setiap perasaan dibenakku..
Merinduimu yang telah jauh meninggalkanku keseorangan, 
Hidupku tak keruan sayang..
I love u like a love story yang tlah kita bina walau sesaat
Im crazy bcoz of u sayang 
Tiada khabarmu membuatkan aku menjadi resah gelisah
mengapa kau pergi meninggalkan ku sayang?
mengapa disaat ku mula sayang, kau pergi begitu saja?
Ini dimanakan Cinta sayang?
Oh sayang.. pulang lah..
Tak ingin ku menyendiri lagi
Sayang, ingatkah engkau..
saat ini ulang tahunku,
tanggal 15 december
saat bahagiaku
kau cium pipiku dengan kasihmu
kau hadiahkan senyummu
dan 
Tanpa ku sedar, 
airmata yang menemaniku saat kau tak pernah kunjung tiba dihari jadiku..
aku menunggu mu tetapi hampa yang datang
Huuuu~~ hampa..
gitar yang ku petik masih terasa hangat jari jemarimu sayang
Aku rindu~~
Pada Tuhan aku berdoa moga aku bisa gagahkan hati untuk terus melangkah
Aku bisa mengenangmu disaat ulang tahunku
kau meninggalkan aku tanpa kata
Tanpa bilang I love u..
betapa sakitnya sayang
menahan perasaan rindu
Aku berani menulis tentang kita kerna aku masih mencintaimu
Disana bisakah akukan menemukanmu?
Disana bisakah kita bersama?
Bisakah sayangku?
Cincin yang kau hadiahkan, akan kekal bersamaku sayang
kenangan aku dan dirimu terselit disitu~~~~~
aku hanya bisa mengenangmu meskipun kau tiada disisiku dan didunia ini......
selamanya~~









Thursday, 2 February 2012

DUGAAN CINTA


Malam angin berdesir bagai tidak mahu berhenti. Aku pasrah dan pilu bila malam semakin menghimpit. Nyata aku takut akan kesudahannya. Namun apakan daya, bukan kita yang menetukannya. Kita ditentukan oleh Nya. Aku berdoa agar diberikan kekuataan dalam mengharungi pelbagai dugaan. Hubungan kita ibarat telur dihujung tanduk. Apakah ini penentu buat cinta kita? Jika ini yang tersurat aku redha wahai iman aku berdoa agar KAU sentiasa berada denganku.