Sepinya aku.. sakitnya aku.. Hanya itu yang mampu terungkap. Jauh disudut hati, aku hanya mampu redha dengan kehendakNya. Aku ingat takkan ada lagi tangisan menemani hari-hariku. Ternyata aku salah. Air mata yang kering akhirnya terjatuh jua menimpaku. Aku hanya mampu berserah kepada Tuhan betapa terlukanya hati ketika ini.
15 Mac 2012, genap 5 tahun kita berkenalan. Pahit manis, kita kan tempuhi bersama. Tetapi segalanya berakhir begitu saja. Salah aku? Salah kau? Salah mereka? Oh tidak. Oh takdir~~~~ begitu senangnya kau pertemukannya dengan ku dan begitu senang jua kau pisahkan aku dengannya. Mungkin salah ku.... aku masih sayang, tetapi apakan daya ku sebagai insan biasa yang begitu lemah untuk melawan segala permainan ini.
KU CINTAI NAMUN BENCI CARAMU MENCINTAIKU. Kau ragui kesetiaanku selama ini. Tak ku sangka mudahnya kau berprasangka dengan ku. Mungkin inilah halangan cinta jarak jauh. Kerna sayang, ku lepaskan. Tak ingin diriku melihat dia sengsara bersamaku. Biarlah aku yang membawa duka kerna aku tau segalanya mungkin ada hikmah. Mungkin tiada jodoh diantara kita. Pada Tuhan, ku berdoa agar diperkuatkan lagi hatiku ini dalam menghadapi rintangan selepas ini. Akan ku tempuhi segalanya tanpa dia disisi. Biarlah aku mengubat luka ku sendiri tanpa dirinya. Tak mungkin ku berpaling jika kata putus sudah terungkap meskipun payah untuk menerima.
Aku redha dengan takdirNya. Takdir yang menemukan, takdir juga yang memisahkan. Air mata semakin galak membasahi. Ingin ku menjerit, tetapi apakan daya, segalanya sudah tidak beerti lagi. Biar lah begini, Cinta 5 tahun berputik tiada kesudahannya. :'(
Inilah coretan terakhir ku mengenai si dia yang pernah ku sayang, ku cinta dan ku rindu. Moga dirimu berbahagia dengan yang lainnya. Aku rasa apa yang kau rasa, sayang. Tetapi apakan daya, kita hanya mampu merancang dan yangg diatas yang menentukan segalanya. Janganlah diri ini dibenci kerna aku takkan pernah membencimu dan janganlah menyesal mencintaiku kerna aku tak pernah menyesal mencintaimu kerna kau terindah yang pernah ku milikki.
I mention You.. Amann~~ I'm sorry.